Beli Mercedes itu hak kerajaan Kelantan, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir bercakap dalam sidang media sempena Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu hari ini. -Foto Bernama
Dr Mahathir bercakap dalam sidang media sempena Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian kereta Mercedes Benz adalah hak kerajaan Kelantan yang dipimpin Pas bagi kegunaan Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Negeri.

"Kita beri duit tetapi tidak beri sebarang syarat. Apa dia nak buat (dengan duit itu) dia buatlah. Kalau dia buat benda tak betul, rakyat yang akan sengsara,” katanya ringkas ketika menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Al Bukhary di sini.

Tular gambar kereta rasmi baru milik Menteri Besar Kelantan sebelum ini.
Tular gambar kereta rasmi baru milik Menteri Besar Kelantan sebelum ini.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exco Kerajaan Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kemudian menyatakan dengan berkata, pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun lalu dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular MB Kelantan dapat kereta rasmi Mercedes Benz

Bagaimanapun, katanya, pembelian kenderaan rasmi itu tiada kaitan langsung dengan peruntukan khas sebanyak RM400 juta oleh Kerajaan Pusat, sebaliknya menggunakan duit kerajaan negeri.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Dr Mahathir turut memaklumkan mengenai tugasnya memangku jawatan sebagai Menteri Pendidikan dan telah diberi taklimat oleh pihak Kementerian itu termasuk berkaitan pemakaian kasut dan stoking hitam.

Artikel Berkaitan: