KPDNHEP rampas minuman keras RM13,410

Antara premis yang diserbu KPDNHEP WPKL di sekitar ibu negara, semalam.
Antara premis yang diserbu KPDNHEP WPKL di sekitar ibu negara, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merampas 43 botol minuman keras bernilai RM13,410 yang disyaki menggunakan cap dagang tiruan.

Rampasan itu dibuat dalam operasi di empat buah premis pusat hiburan di sekitar Brickfields dan Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, operasi bermula jam 5 petang itu mendapati premis terbabit menjual minuman keras berjenama terkenal yang dipercayai menggunakan cap dagangan secara salah.

Antara premis yang diserbu KPDNHEP WPKL di sekitar ibu negara, semalam.
Antara premis yang diserbu KPDNHEP WPKL di sekitar ibu negara, semalam.

"Susulan itu, sebanyak 43 botol minuman keras dengan nilai sitaan sebanyak RM13,410 dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (b) Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kementerian serius mengambil tindakan berterusan dalam penguatkuasaan hak harta intelek untuk memastikan hak harta intelek terus dilindungi dan dihormati serta memastikan Malaysia tidak menjadi pusat menjual barangan yang salah.

Katanya, pihaknya memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana individu mahu pun syarikat supaya tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan.

"Hormati hak harta intelek, atau peniaga barangan tiruan bakal menerima hukuman yang berat sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: