X

Kindly register in order to view this article
!

Imigresen gempur premis kediaman PATI di Kuala Langat

Antara yang ditahan dalam serbuan Imigresen di sekitar Kuala Langat semalam.
A
A

KUALA LANGAT - Jabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Bersepadu melibatkan operasi di dua kediaman di Kuala Langat, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi bermula kira-kira jam 10 pagi itu membabitkan penahanan warga Kemboja terdiri daripada tujuh lelaki dan enam wanita dewasa termasuk lapan kanak-kanak.

"Kesemua mereka berusia lingkungan 1 hingga 60 tahun. Pemeriksaan mendapati antara kesalahan dikesan adalah tinggal tanpa pas atau permit yang sah serta tinggal lebih masa," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, ketika serbuan, ada antara warga asing itu cuba menyembunyikan diri di sebalik pakaian digantung, namun tindakan itu berjaya dikesan.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

Dalam pada itu, siasatan juga akan tertumpu kepada pihak majikan yang telah menggajikan PATI dan sekiranya terdapat bukti, pihak terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Pihak Imigresen Selangor sentiasa komited untuk terus memantau dan menjalankan operasi secara berterusan bagi membendung gejala PATI dari semasa ke semasa," katanya.