RM18.8 juta e-Tunai Rakyat dibelanjakan

Guan Eng dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hadir menyaksikan tandatangan perjanjian tambahan tersebut.
Guan Eng dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hadir menyaksikan tandatangan perjanjian tambahan tersebut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak RM18.8 juta dibelanjakan rakyat menerusi inisiatif e-Tunai Rakyat sejak ia dibuka untuk dituntut pagi kelmarin.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menerima 784,000 permohonan setakat jam 10 malam tadi.

"Sebanyak 672,000 permohonan telah diluluskan. Ini adalah hadiah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat dan gunakanlah sebaik mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan tandatangan Perjanjian Tambahan antara MRT Corporation dan MMC- Gamuda KVMRT kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT 2 di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau sekali lagi memberi jaminan tidak akan berlaku pencerobohan data peribadi rakyat.

"Kerajaan tidak akan sesekali menggunakannya. Kita akan pastikan ia sulit dan berada di bawah kawalan.

"Janganlah terbawa-bawa oleh pihak tertentu yang mungkin iri hati dengan sambutan baik program ini kerana mereka cuba memperkotak-katikkan usaha ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat belanja RM10 juta e-Tunai pada hari pertama, kata Guan Eng

Artikel Berkaitan:

200,000 permohonan e-Tunai Rakyat setakat tengah hari