Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan

 Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain. Gambar hiasan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain. Gambar hiasan
A
A
A

BATU PAHAT - Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, di sini, pada malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan pada jam 8 malam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta jenis Hyundai Elantra yang dipandu lelaki berusia 71 tahun itu datang dari arah Batu Pahat menghala ke Jalan Pantai.

“Apabila tiba di laluan lokasi kejadian, kereta berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki tiga individu.

“Akibat kemalangan tersebut, lelaki warga emas itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu Perodua Bezza dan dua penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Ismail berkata, lelaki warga emas tersebut dipercayai terkena serangan jantung sebelum kemalangan tersebut berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana kemalangan yang melibatkan kematian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!