Fahmi rujuk Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran status hak penyiaran Euro 2024

Fahmi menyampaikan ucapan pada Majlis Bersama Rakan Strategik Hawana 2024 di Wisma Bernama pada Selasa. Foto Bernama
Fahmi menyampaikan ucapan pada Majlis Bersama Rakan Strategik Hawana 2024 di Wisma Bernama pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil akan merujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman mengenai perkembangan terkini berhubung hak penyiaran kejohanan bola sepak Eropah 2024 (Euro 2024) di stesen penyiaran awam itu.

Beliau mengakui kejohanan berkenaan mempunyai pengikutnya tersendiri, namun penelitian secara mendalam perlu dilakukan terutamanya kerana ia bakal melibatkan kos yang tinggi.

"Saya tidak ada maklumat terkini (mengenai status penyiaran Euro 2024) dan kena rujuk dengan Ketua Pengarah Penyiaran.

"Kita kena teliti dari segi kos sebab kita tahu kos terlalu tinggi, jadi kena tengok sama ada telah diperuntukkan. Kalau telah diperuntukkan kita akan ambil tapi kalau luar daripada apa diperuntukkan itu akan jadi isu,” katanya selepas menghadiri Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di Wisma Bernama pada Selasa.

Baru-baru ini sebuah portal media mendesak agar RTM membeli hak siaran kejohanan berprestij itu.

RTM sebelum ini menyajikan siaran secara langsung kejohanan seperti badminton, bola sepak dan beberapa sukan lain yang popular di Malaysia.

Kejohanan Euro 2024 akan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: