Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyerahkan watikah pelantikan kepada Azman (kanan) dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyerahkan watikah pelantikan kepada Azman (kanan) dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelantikan Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Azman yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali yang bersara wajib pada 7 November tahun lalu.

KPM berkata, Azman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan dari Universiti Malaya mempunyai pengalaman lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru, sebelum dilantik sebagai guru kanan mata pelajaran, penyelia petang, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan pentadbiran, penolong pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan pengetua sekolah.

Azman turut berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Pada peringkat Pengurusan Tertinggi KPM, Azman berpengalaman menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

"Semoga pengalaman luas Azman di pelbagai peringkat dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan," kata kementerian itu melalui kenyataan pada Selasa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: