X

Kindly register in order to view this article
!

Fokus pulihkan ekonomi, perbaiki kehidupan rakyat

Mohamad
A
A
The Straits Times Singapura melaporkan semalam (15 Januari 2020) bahawa pelaburan asing ke Malaysia meningkat pada tahun lalu.

Ini membuktikan bahawa reformasi yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan berjaya menggembalikan kepercayaan pelabur-pelabur asing untuk kembali melabur di Malaysia.

Tahun 2020 ini, kerajaan akan bekerja dengan lebih keras lagi untuk memulihkan ekonomi negara agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Fokus ini tidak harus terganggu dengan isu-isu lain termasuk isu-isu perkauman dan agama yang sengaja dimainkan.

Isu peralihan kuasa juga tidak harus terus-menerus dibangkitkan kerana ia akan mengganggu tugas kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

Biarlah Majlis Presiden PH yang menentukannya.

*Mohamad Sabu ialah Timbalan Presiden pakat Harapan (PH) & Presiden Parti Amanah Negara


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!