Maqis rampas produk babi dari Sepanyol

Pegawai Maqis Selangor menunjukkan produk babi dari Sepanyol yang dirampas di Pintu Masuk Pelabuhan Klang Barat, minggu lalu. - Foto Maqis Selangor
Pegawai Maqis Selangor menunjukkan produk babi dari Sepanyol yang dirampas di Pintu Masuk Pelabuhan Klang Barat, minggu lalu. - Foto Maqis Selangor
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan mengimport produk babi dari Sepanyol dalam satu operasi yang dijalankan minggu lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alamin berkata, produk babi kira-kira 11,339kg bernilai RM552,752.63 itu dirampas 8 Januari lalu di Pelabuhan Klang Barat selepas didapati tidak mematuhi syarat import permit ditetapkan.

“Produk ini tidak mematuhi syarat import iaitu pembungkusan yang tidak mengikut syarat import yang dinyatakan di dalam import permit dan tidak menepati ciri-ciri kebersihan.

“Kita sentiasa teliti dalam menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap kemasukan dagangan ke dalam Malaysia adalah selamat dan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebahagian daripada produk babi yang dirampas Maqis Selangor bernilai RM552,752.63. - Foto Maqis Selangor
Sebahagian daripada produk babi yang dirampas Maqis Selangor bernilai RM552,752.63. - Foto Maqis Selangor

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Artikel Berkaitan: