Kilang proses tauhu guna logo halal tidak sah diserbu

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Kuala Pilah pada jam 11.15 pagi susulan aduan dan maklumat orang ramai. Foto KPDN Kuala Pilah
Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Kuala Pilah pada jam 11.15 pagi susulan aduan dan maklumat orang ramai. Foto KPDN Kuala Pilah
A
A
A

JEMPOL - Sebuah kilang memproses tauhu goreng di Bahau diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada Rabu.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN pada jam 11.15 pagi susulan aduan dan maklumat orang ramai.

"Berikutan itu, anggota serbuan telah menyita sejumlah tauhu goreng yang telah siap dibungkus dengan menggunakan bungkusan yang dilabelkan dengan logo halal tidak sah.

Sebuah kilang memproses tauhu goreng di Bahau diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim. Foto KPDN Kuala Pilah
Sebuah kilang memproses tauhu goreng di Bahau diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim. Foto KPDN Kuala Pilah

"Sitaan termasuk sejumlah plastik pembungkus yang belum digunakan yang ditemui di dalam premis tersebut melibatkan nilai rampasan berjumlah kira-kira RM302," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011.

Anggota serbuan telah menyita sejumlah tauhu goreng yang telah siap dibungkus dengan menggunakan bungkusan yang dilabelkan dengan logo halal tidak sah. Foto KPDN Kuala Pilah
Anggota serbuan telah menyita sejumlah tauhu goreng yang telah siap dibungkus dengan menggunakan bungkusan yang dilabelkan dengan logo halal tidak sah. Foto KPDN Kuala Pilah

" Jika sabit kesalahan, bagi syarikat pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM200,000.

Artikel Berkaitan:

"Bagi bukan syarikat pertubuhan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!