Penukaran agama tiga anak Siew Hong tidak sah - Mahkamah

Loh Siew Hong. Foto Bernama
Loh Siew Hong. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak Loh Siew Hong kepada Islam, selepas memutuskan penukaran agama secara unilateral oleh bekas suaminya adalah menyalahi undang-undang.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, berhubung isu penukaran agama secara unilateral, mahkamah terikat dengan keputusan kes Indira Gandhi yang menetapkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa mesti diperoleh sebelum kanak-kanak di bawah umur ditukar agama.

"Oleh itu, kami membenarkan rayuan oleh pemohon (Siew Hong) dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Hakim Hadhariah turut membenarkan beberapa pelepasan bagi ibu tunggal itu, antara lain yang mengisytiharkan tiga anaknya beragama Hindu.

Pada 11 Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral oleh bekas suaminya, selepas memutuskan bahawa tiada bukti yang menunjukkan ketiga-tiga anaknya berhenti menganut agama Islam semasa berada di bawah jagaan ibu mereka. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: