200 hari perang, apa lagi berlaku selepas ini?

Kematian melibatkan rakyat Gaza susulan serangan Israel semakin meningkat. Foto AFP
Kematian melibatkan rakyat Gaza susulan serangan Israel semakin meningkat. Foto AFP
A
A
A

200 hari sudah berlalu dalam peperangan yang melibatkan Palestin dan Israel, namun masih tiada petanda yang menunjukkan ia akan berakhir dalam masa terdekat.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa dan bertindak berani mati ke atas Israel yang disusuli dengan serangan balas rejim Zionis.

Konflik yang berlarutan selama lebih setengah tahun itu akhirnya menjadi perang genosid yang menyasarkan penduduk Palestin dan turut dikecam komuniti antarabangsa.

Kemudian, hospital pula menjadi sasaran utama serangan ganas tentera Israel sehingga menyebabkan sebahagian besar kemudahan perubatan tidak lagi beroperasi.

Selain itu, sikap tidak berperikemanusiaan kumpulan tersebut menyebabkan rakyat Gaza di Khan Younis terpaksa dipindahkan secara beramai-ramai berikutan tempat kediaman masing-masing tidak selamat kerana terus dihujani bom.

Peperangan dua buah negara itu diteruskan sehingga Iran menyerang Israel dengan melancarkan lebih 300 dron dan misil di bawah Operasi Janji Benar yang memberi tamparan hebat kepada Israel.

Serangan tersebut ditegaskan hanya memberi ‘pengajaran’ kepada Israel sebagai respons terhadap serangan ke atas kedutaan mereka di Damsyik pada 1 April lalu.

Bagaimanapun, serangan demi serangan yang berlaku turut menyebabkan implikasi buruk terhadap pertumbuhan ekonomi Israel apabila mereka tidak lagi mampu menjalankan perniagaan seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kejatuhan ekonomi yang dahsyat apabila terdapat beberapa sektor tidak beroperasi, penduduk melarikan diri dan saham perniagaan mengalami kesan buruk.

Justeru, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas melebihi 200 hari peperangan melibatkan negara berkenaan?

Kematian melibatkan rakyat Gaza semakin bertambah selain mereka terpaksa makan makanan haiwan, kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga dalam konflik dahsyat tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!