Wanita warga asing curi barang milik bekas majikan ditahan

Polis menahan seorang wanita warga asing pada Khamis lalu kerana disyaki mencuri barangan milik bekas majikannya yang dianggarkan bernilai RM5,000. (Gambar kecil: Wan Azlan) Gambar hiasan
Polis menahan seorang wanita warga asing pada Khamis lalu kerana disyaki mencuri barangan milik bekas majikannya yang dianggarkan bernilai RM5,000. (Gambar kecil: Wan Azlan) Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis menahan seorang wanita warga asing pada Khamis lalu kerana disyaki mencuri barangan milik bekas majikannya yang dianggarkan bernilai RM5,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, wanita berusia 38 tahun itu ditahan Kampung Sungai Kantan, Kajang.

"Wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di SS 14 Subang Jaya itu disyaki melarikan satu unit telefon bimbit jenama Redmi, seutas rantai tangan emas, sepasang subang emas dan satu unit beg tangan wanita jenama Polo.

"Kita berjaya merampas telefon bimbit Jenis Redmi, satu beg tangan jenama Polo milik mangsa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Wan Azlan berkata, suspek direman 14 hari sehingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada balai polis berdekatan dengan kadar segera untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!