'[VIDEO] Ada penduduk baik hati, beli motosikal untuk warga asing'

A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mendapati ada warga tempatan baik hati membantu membeli motosikal untuk ditunggang warga asing.

Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, ada penduduk tempatan membantu warga asing membeli motosikal untuk kegunaan mereka kerana rasa kasihan dan simpati.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ada penduduk sanggup membeli motosikal untuk warga asing menggunakan nama ataupun dokumen mereka.

"Bagaimanapun, tindakan membantu warga asing membeli motosikal dikhuatiri menyebabkan lebih ramai warga asing menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Shahrul Azhar (kanan) menyoal penunggang motosikal warga Rohingya yang ditahan dalam operasi JPJ Kedah.
Shahrul Azhar (kanan) menyoal penunggang motosikal warga Rohingya yang ditahan dalam operasi JPJ Kedah.

"Dalam operasi pada sebelah pagi Selasa sahaja, kita berjaya menahan 23 warga asing kebanyakannya etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) kerana menunggang motosikal tanpa lesen sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada sidang media Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Ibu Pejabat JPJ Kedah, di sini, pada Rabu.

Beliau menegaskan, JPJ Kedah amat serius dan komited menangani situasi ini memandangkan ia melibatkan pelanggaran undang-undang jalan raya.

"Berdasarkan kes kita kenal pasti, sebanyak 95 peratus tiada lesen memandu dan apabila dia memandu dan tiada lesen, maka dia tidak mematuhi undang-undang.

"Jika berlaku kemalangan atau dia melanggar kenderaan lain dan sebagainya, tuntutan insurans akan jadi sukar," katanya.

Beliau memaklumkan, warga tempatan yang menjadi pemilik sebenar motosikal juga akan dikenakan tindakan sekiranya warga asing itu melakukan kesalahan jalan raya.

Tambah beliau, setakat ini, JPJ Kedah telah mengeluarkan sebanyak 3,756 notis saman ke atas warga asing dengan 939 kenderaan disita pada tahun lepas berbanding 1,140 notis saman dan 285 kenderaan disita pada 2022.

“Pada tahun ini sehingga bulan Mac lepas, kita mengeluarkan sebanyak 580 notis saman dan 145 kenderaan telah disita,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan sebelum menahan lelaki Vietnam itu untuk membantu siasatan selepas mengesyaki lesen diberikannya mencurigakan.

Tambah Shahrul Azhar, lesen memandu didapati palsu selepas dihantar untuk pemeriksaan lanjut di Jabatan Kimia.

Beliau memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(e) Pemalsuan Dokumen Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!