Helikopter TLDM terhempas: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong

Komander Muhamad Amir Mohamad. Foto Facebook
Komander Muhamad Amir Mohamad. Foto Facebook
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.

Beliau turut berkongsi mengenai salah seorang mangsa terkorban merupakan anak jati Bukit Kepong.

"Tengah hari ini saya telah mendapat khabar duka tentang kemalangan pesawat helikopter TLDM.

"Dimaklumkan juga bahawa salah seorang mangsa Komander-Kdr Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong berasal dari Felcra yang nahas dalam insiden pagi ini.

"Semoga roh Allahyarham mangsa tragedi helikopter TLDM di Lumut dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan berada dalam golongan orang yang beriman serta beramal soleh," ujarnya menerusi muat naik di laman Facebooknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: