'Anggap Rezaudeen sebagai hero, bangga ada kawan khidmat untuk negara'

Anas memuat naik gambar kenangan bersama sahabatnya, arwah Wan Rezaudeen Kamal di laman Facebooknya pada Selasa.
Anas memuat naik gambar kenangan bersama sahabatnya, arwah Wan Rezaudeen Kamal di laman Facebooknya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya selalu anggap arwah sebagai hero, bangga ada kawan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan berkhidmat untuk negara," luah sahabat kepada Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

Menurut Anas Amdan, beliau memohon rakan-rakan yang lain sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

"Innalillahwainnailaihirojiun. Mohon rakan-rakan sedekahkan Al-Fatihah buat rakan saya (Rezaudeen Kamal) dan sembilam mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan helikopter di Lumut sewaktu sesi latihan.

"Arwah orang yang sangat mesra dan baik. Baru jumpa beliau bulan lepas, tak sangka itulah kali terakhir," katanya di laman Facebooknya pada Selasa.

Tambah Anas, namun beliau yakin ALLAH lebih menyayangi arwah.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa beliau dan tempatkan arwah di kalangan para-para solihin. Al-Fatihah buat wira-wira negara kita," ujarnya.

Dalam kejadian pada Selasa, semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 pada jam 9.32 pagi di Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang bakal disambut 27 April ini, seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) TLDM dan tiga kru Fennec TLDM terkorban.


Alumni St John Institution ucap takziah pemergian Wan Rezaudeen Kamal

Artikel Berkaitan:

Alumni St John Institution (SJI) tahun 2004 menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian salah seorang mangsa yang maut dalam kejadian dua helikopter terhempas selepas bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada Selasa.

Menerusi hantaran di laman sosial, Facebook SJI Batch of 2004 mereka berada dukacita dengan pemergian bekas pelajar institut berkenaan, Allahyarham Leftenan Komander, Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin dalam insiden tragis itu.

"Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa saudara kita, Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin (Rezaudeen Kamal) telah kembali menghadap Yang Maha Esa awal pagi tadi di Stadium Pangkalan Tentera Laut, Lumut, Perak akibat nahas helikopter ketika latihan," katanya menerusi perkongsian itu.

Menerusi catatan itu turut, mendoakan semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan para auliya dan solihin di Jannah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!