Helikopter TLDM terhempas: Salah seorang mangsa sepupu Eyra Hazali

Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PELAKON Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.

Jelas Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali, Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin merupakan sepupu kepada suaminya.

"Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa merupakan sepupu suami saya, Lt Kdr Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin.

“Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tulisnya menerusi Insta Story Instagram miliknya.

Terdahulu, 10 anggota TLDM terkorban selepas dua helikopter berlanggar sebelum terhempas ketika membuat raptai di Pangkalan TLDM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: