Helikopter TLDM terhempas: 'Lambaian terakhir buat HOM-AW139'

Lambaian terakhir lima kru udara Skuadron 503 kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu untuk ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak, pada 19 April lalu.
Lambaian terakhir lima kru udara Skuadron 503 kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu untuk ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak, pada 19 April lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu hantaran di Facebook memaparkan gambar lima kru udara Skuadron 503 melambai kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak meruntun hati warganet.

Mana tidaknya, perkongsian oleh pentadbir Facebook 503 Squadron pada 19 April lalu menjadi lambaian terakhir apabila salah sebuah pesawat yang dinaiki rakan setugas mereka itu terhempas pada Selasa.

Lebih memilukan, keterangan gambar 'Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min (admin) masih mampu bersangka baik' yang dimuat naik itu seolah-olah menggambarkan kejadian tragis ini.

Menerusi hantaran di laman media sosial tersebut, pasukan itu menghantar dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak untuk menyertai latihan dan raptai sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan awal bulan depan.

Difahamkan, pasukan berkenaan diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut bertindak sebagai juruterbang sebuah daripada helikopter pasukan itu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, 10 kru disahkan terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita merupakan anggota dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.

Menurutnya, semasa kejadian semua kru terlibat sedang mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan maklumat dikongsi, tujuh kru yang menaiki Pesawat HOM AW139 dikenal pasti sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; Muhammad Faisol Tamadun; Noorfarahimi Mohd Saedy, Noor Rahiza Anuar dan Joanna Felicia anak Rohna.

Tiga lagi kru menaiki Pesawat Fennec dikenali Komander Muhamad Amir Mohamad; Leftenan T Sivasutan dan Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!