Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara

Pegawai LUAS membuat pemeriksaan kualiti air berhampiran muka sauk LRA Wangsa Maju.
Pegawai LUAS membuat pemeriksaan kualiti air berhampiran muka sauk LRA Wangsa Maju.
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju dihenti tugas sementara susulan kekeruhan air melebihi 400 unit kekeruhan nephelometric (NTU) dikesan sekitar jam 4 petang Jumaat.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.

Menurutnya, pembekalan air mentah telah diaktifkan terus daripada Empangan Klang Gates ke loji berkenaan.

Keadaan aliran sungai Sungai Pasir dalam keadaan keruh akibat hakisan disebabkan hujan lebat
Keadaan aliran sungai Sungai Pasir dalam keadaan keruh akibat hakisan disebabkan hujan lebat

"Tiada sebarang kesan kepada pengguna berkaitan pembekalan air terawat susulan henti tugas sementara muka sauk berkenaan juga dilaporkan oleh Air Selangor," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.

LUAS berkata, pasukannya segera membuat pemerhatian di lapangan mengesan punca permasalahan kekeruhan air berkenaan.

Ujarnya, hasil semakan mendapati permasalahan kekeruhan berkenaan adalah daripada aliran Sungai Pasir.

Pegawai LUAS mengambil sampel air untuk bacaan NTU.
Pegawai LUAS mengambil sampel air untuk bacaan NTU.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut LUAS dengan menyusuri sungai tersebut mendapati ia berpunca daripada kawasan hutan simpan Hulu Gombak yang disyaki berlakunya kejadian semula jadi hakisan tanah di dalam kawasan hutan susulan kadar hujan yang tinggi.

"Bagaimanapun LUAS akan menjalankan tindakan siasatan dan pemantauan susulan bagi punca-punca lain yang berpotensi seperti aktiviti kerja tanah di hulu muka sauk," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!