Kemarau: Sabah lulus peruntukan bina muka sauk di Papar

Hajiji ketika melawat LRA Limbahau dan melihat sendiri tahap kemasinan air yang masuk ke muka sauk.
Hajiji ketika melawat LRA Limbahau dan melihat sendiri tahap kemasinan air yang masuk ke muka sauk.
A
A
A

PAPAR - Kerajaan Sabah meluluskan peruntukan bagi membina satu lagi muka sauk di Kampung Kabang di sini, yang dicadangkan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan tersebut akan dikemukakan oleh pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd nanti.

"Ini bukan saja menyelesaikan masalah air di Papar tetapi ia sebagai tindakan jangka masa panjang.

"Setiap tahun loji yang ada mengalami kemasukan air masin kerana muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau ini tidak jauh dari muara, jadi air masin selalu datang. Kalau ada satu yang baru tiada masalah, sini tutup (muka sauk), sana boleh keluar air.

"Jadi itu yang dimaksudkan dengan peruntukan segera daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat LRA Limbahau di sini pada Selasa.

Hajiji mendengar taklimat ketika lawatannya di LRA Limbahau.
Hajiji mendengar taklimat ketika lawatannya di LRA Limbahau.

Diminta mengulas mengenai situasi semasa bekalan air di seluruh Sabah, Hajiji memaklumkan semua daerah sudah ditubuhkan Jawatankuasa Bencana Daerah masing-masing bagi menangani masalah kemarau yang dihadapi kini.

"Kemarau ini bukan main-main, ini El-Nino yang melanda Sabah. Namun boleh dikatakan banyak daerah yang mengalami kemarau tetapi masih ada air sampai kepada kampung atau penduduk.

Artikel Berkaitan:

"Cuma di Papar ini ada sedikit masalah kerana air masin sudah masuk ke muka sauk LRA Limbahau menyebabkan ia ditutup," jelasnya.

Sementara itu, ditanya alternatif pembenihan awan yang telah dipersetujui sebelum ini, Hajiji berkata ia akan dilakukan dalam masa terdekat dan tidak semestinya dilaksanakan di Papar.

"Pembenihan awan itu salah satu alternatif yang akan dibuat dan ini sudah dalam (perancangan) JANS untuk membuat pembenihan awan dalam masa terdekat.

"Ini boleh dilaksanakan di mana-mana termasuk di kawasan bukit untuk kita laksanakan pembenihan, jadi hujan akan turun ke bukit dan turun ke sungai jadi dapatlah air," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28