[VIDEO] 'Beras rosak, tidak selamat untuk dimakan' - KPKM

A
A
A

PUTRAJAYA - Beras yang dibuang berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang didapati rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan dapatan itu diperoleh selepas siasatan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Temerloh ke lapangan dijalankan.

"Berdasarkan penemuan awal, pihak KPB Cawangan Temerloh mendapati bahawa beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan," katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan berkenaan.

Video itu menjadi perhatian apabila ia dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan TikTok yang kebetulan menggunakan jalan berkenaan.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said tampil mengakui isu tular beras dan barangan makanan lain yang dibuang adalah miliknya.

Ismail yang mengambil tanggungjawab terhadap isu tersebut membuat permohonan maaf dan menyatakan rasa kesal atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di lokasi pembuangan beras berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang (Gambar kecil: Keadaan beras yang rosak ditemui di Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang)

Dalam pada itu, KPKM menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu tersebut memandangkan ia masih dalam siasatan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras, 1994 [Akta 522].

"Untuk makluman semua pihak, sebarang aktiviti pelupusan beras hendaklah merujuk kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB), KPKM.

"Sebarang maklumat lanjut atau aduan berhubung isu ini, sila kemukakan aduan secara rasmi bersama butiran dan maklumat yang lengkap melalui https://skpb.kpkm.gov.my/adu atau 03-88701751/1748/1183," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!