Menteri arah siasat insiden pembuangan beras di tapak pelupusan sampah

Laporan Sinar Harian pada Jumaat berkenaan tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) untuk menyiasat kejadian pembuangan beras di Kuala Krau, Pahang.

Mohamad menerusi laman Facebook miliknya berkata, kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak KPB Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang.

"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar yang segera," ujarnya pada Jumaat.

Pada Khamis, tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

Video itu menjadi perhatian apabila ia dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan TikTok yang kebetulan menggunakan jalan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Puluhan kampit beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah

Dalam pada itu, pihak SWCorp akan mengadakan sidang media berhubung perkara tersebut sementara bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said tampil menjelaskan isu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beras dan barangan dapur itu merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!