Dua pemandu bas ambil dadah demi kejar trip raya

Anggota polis turut sama terlibat dalam Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Kota Bharu pada Khamis.
Anggota polis turut sama terlibat dalam Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menahan dua pemandu bas ekspres dipercayai positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek dipercayai mengambil bahan terlarang tersebut untuk mengelak daripada mengantuk kerana mahu mengejar trip sempena hari raya.

Pengarah JPJ negeri, Mohd Misuari Abdullah berkata, kedua-dua pemandu berusia 40-an itu ditahan di Terminal Bas Lembah Sireh di sini semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 pada 4 April lalu.

Mohd Misuari (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Kota Bharu pada Khamis.
Mohd Misuari (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Kota Bharu pada Khamis.

Menurutnya, pemandu daripada syarikat bas yang berbeza itu ditahan semasa sedang bersiap sedia mengambil penumpang di Kota Bharu untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

"Kami menyerahkan kes ini kepada AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) untuk tindakan selanjutnya.

"Ini merupakan tangkapan pertama direkodkan selepas hampir dua tahun tiada kes melibatkan pemandu positif dadah," katanya semasa sidang akhbar sempena Penutup Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di sini pada Khamis.

Operasi tersebut diadakan bermula 1 hingga 20 April melibatkan pelbagai agensi antara AADK, polis, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Artikel Berkaitan:

Anggota JAS turut sama terlibat semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Kota Bharu pada Khamis.
Anggota JAS turut sama terlibat semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Kota Bharu pada Khamis.

Menurut beliau, tindakan tegas itu diambil demi menjaga keselamatan penumpang supaya mereka tidak berisiko sepanjang musim perayaan.

Ujarnya, tindakan pemandu mengambil barangan terlarang itu boleh mengancam nyawa penumpang jika tidak dibendung lebih awal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!