Video kanak-kanak mandikan kambing tular

Video tular yang memaparkan dua kanak-kanak memandikan seekor kambing.
Video tular yang memaparkan dua kanak-kanak memandikan seekor kambing.
A
A
A

SHAH ALAM - Sering kali dipaparkan di media sosial, haiwan peliharaan jenis kucing dimandikan tetapi berbeza dengan video tular yang memaparkan dua kanak-kanak memandikan seekor kambing.

Lebih melucukan apabila kanak-kanak berkenaan menggunakan sabun dan meletakkan kambing itu di dalam besen.

Video berdurasi 24 saat itu turut memperlihatkan haiwan berkenaan seolah-olah ‘merelakan’ perbuatan kanak-kanak berusia 10 tahun dan tiga tahun.

Menurut pemilik akaun Tik Tok Aezyy, A'Aziean Nurul Attakhim Abd Talib, 31, kambing tersebut adalah milik jiran yang ditinggalkan ketika pulang ke kampung.

"Mereka berdua itu saudara, yang besar itu adik saya manakala kanak-kanak kecil anak saudara saya.

"Pada mulanya mereka hanya menyusu kambing itu tetapi tidak tahu bila mereka ambil sabun dan mandikannya," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dia yang terkejut dengan perbuatan kedua-dua kanak-kanak itu menanyakan sebab mereka mandikan kambing tersebut.

"Saya terkejut melihat situasi tersebut, semua orang berada di dapur dan tidak sedar perbuatan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Apabila ditanya kenapa, katanya kambing itu busuk jadi mereka mandikan," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28