70 peratus rakyat Palestin yang terbunuh merupakan kanak-kanak, wanita

Seorang kanak-kanak yang cedera berikutan pengeboman Israel menangis ketika menerima rawatan perubatan di Hospital Nasser di Khan Yunis. - Foto AFP
Seorang kanak-kanak yang cedera berikutan pengeboman Israel menangis ketika menerima rawatan perubatan di Hospital Nasser di Khan Yunis. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Dianggarkan daripada 19,000 rakyat Palestin yang terkorban akibat perang lebih dua bulan antara Israel dan pasukan pejuang Hamas - 70 peratus terdiri daripada kaum wanita dan kanak-kanak.

Kesemua mangsa meninggal dunia di Gaza antara 7 Oktober dan 15 Disember, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Angka kematian itu turut merangkumi lebih 300 pekerja sektor kesihatan, 92 wartawan, 135 pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat dan kira-kira 35 kru pertahanan awam termasuk dalam jumlah kematian, kata kementerian itu.

Kementerian itu menambah bahawa lebih daripada 54,000 orang telah dilaporkan cedera, dengan berpuluh-puluh orang lain tidak dapat dikesan.

Kementerian seterusnya berkata dalam laporannya bahawa hanya lapan daripada 36 hospital berfungsi sebahagiannya di enklaf dan kadar penghunian telah melonjak kepada 206 peratus di wad dan 250 peratus di unit rawatan rapi.

Setakat minggu lalu (10 Disember), Angkatan Pertahanan Israel (IDF) pula berkata, mereka telah menyerang lebih 22,000 sasaran di Gaza sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu. - Awani/Agensi

Artikel Berkaitan: