Krisis Timur Tengah: Sarawak belum terima arahan bawa pulang pelajar

 Abang Johari - Foto: Bernama
Abang Johari - Foto: Bernama
A
A
A

KUCHING - Kerajaan Sarawak masih belum menerima sebarang arahan dari Kementerian Luar berhubung keperluan untuk membawa pulang pelajar tajaan negeri itu susulan krisis terbaharu yang berlaku di Timur Tengah.

Tanpa menyatakan secara spesifik jumlah pelajar terlibat, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan pelajar yang ditaja oleh Yayasan Sarawak sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan pengajian Islam di Jordan dan Mesir.

"Kita tunggulah apa yang dinasihati oleh pihak Kementerian Luar. Kita sentiasa berhubung, kita ada pejabat Kementerian Luar di Sarawak ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan terdapat 1,872 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di Jordan, 37 orang di Syria dan lapan di Iran.

KPT memaklumkan perbincangan akan diadakan dengan pihak berkaitan bagi melaksanakan sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Timur Tengah itu yang semakin memuncak setelah Iran melancarkan serangan udara ke atas Israel, Sabtu lepas. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: