Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri sehingga 6 petang ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga jam 6 petang Isnin. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga jam 6 petang Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga jam 6 petang Isnin.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook berkata, antara negeri yang terlibat ialah Kedah iaitu di Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang pula melibatkan kawasan Seberang Perai Tengah serta Seberang Perai Selatan.

“Selain itu, di Perak membabitkan beberapa daerah di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Tangkap layar kenyataan MetMalaysia menerusi Facebook pada Isnin.
Tangkap layar kenyataan MetMalaysia menerusi Facebook pada Isnin.

“Di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Kuala Langat, manakala Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat serta Pontian.

“Di Sarawak melibatkan Limbang manakala Sabah pula dijangka melanda kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort,” katanya.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 3.35 petang itu apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku lebih daripada sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujar jabatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!