MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 14 kawasan

Amaran tahap berjaga-jaga di keluarkan apabila suhu maksimum harian cecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Amaran tahap berjaga-jaga di keluarkan apabila suhu maksimum harian cecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 10 kawasan Semenanjung dan empat lagi di Sabah serta Sarawak setakat jam 4.30 petang pada Khamis.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu) termasuk Kelantan di Gua Musang.

Menurutnya, dua kawasan di Sarawak membabitkan daerah Mukah dan Telang Usan manakala Sabah pula melibatkan Tuaran serta Tenom.

"Suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: