Presiden Iran tandatangani undang-undang senarai hitam Pentagon

HASSAN ROUHANI
HASSAN ROUHANI
A
A
A

TEHERAN - Presiden Iran, Hassan Rouhani menandatangani pindaan undang-undang yang mengisytiharkan Pentagon dan semua anak syarikatnya sebagai pertubuhan pengganas.

Langkah itu dibuat selepas Majlis (Parlimen) meluluskan langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap pembunuhan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani di Baghdad pada 3 Januari lalu.

Difahamkan, versi awal undang-undang itu menyenaraikan Pusat Perintah Amerika Syarikat (CENTCOM) sebagai pertubuhan pengganas.

Versi terbaharu undang-undang yang dipinda itu turut menyenaraihitamkan kesemua kakitangan Pentagon, anak syarikat, institusi dan mereka yang terlibat dalam pembunuhan Soleimani.

Pada 8 April lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengisytiharkan IRGC sebagai pertubuhan pengganas.

"Langkah itu jelas menunjukkan risiko yang bakal dihadapi jika terlibat dengan urusan atau menyediakan sokongan kepada IRGC. Jika anda berurus niaga dengan IRGC, anda terlibat dengan keganasan," tegasnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: