Kempen #MZB365 mahu selamatkan negara

Gambar hiasan. - 123RF
Gambar hiasan. - 123RF
A
A
A

SEJAK puluhan tahun perasaan curiga dan benci membenci antara satu sama lain wujud dalam kalangan rakyat di negara ini. Inilah realiti yang terpaksa dilalui terutama bagi sebuah negara berbilang bangsa.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku di Sabah dan Sarawak yang mempunyai ikatan perpaduan lebih erat berbanding di Semenanjung.

Sebelum ini, perasaan benci dan curiga ini tidak dizahirkan secara terbuka untuk mengelakkan konflik serius seperti yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969.

Rata-rata rakyat di negara ini sudah faham dan mahu hidup secara harmoni sejak 55 tahun peristiwa itu berlaku.

Malangnya sejak akhir-akhir ini, dengan perkembangan media sosial membolehkan sesiapa sahaja bercakap atau mengeluarkan pendapat secara terbuka. Lebih malang apabila golongan yang tidak pernah melalui zaman gelap negara terutama generasi muda tidak mengambil iktibar.

Akibatnya, dalam isu stoking kalimah ALLAH telah menyebabkan tiga buah kedai KK Mart dilempar dengan bom petrol. Terkini, negara berhadapan satu lagi insiden yang menggores perasaan umat Islam iaitu imej seakan-akan kalimah ALLAH pada bawah tapak kasut wanita.

Melihat kepada perkembangan yang tidak sihat untuk negara itu, Sinar Harian bersama-sama media-media lain turut serta memberikan sokongan dalam kempen Maaf Zahir Batin 365 atau #MZB365. Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan mesej perdamaian dan saling bermaafan antara satu sama lain sepanjang tahun dan bukan hanya pada Hari Raya Aidilfitri sahaja.

Ini kerana kita amat yakin isu-isu kaum, agama dan raja (3R) akan terus menjadi cabaran besar kepada negara. Ia berlaku disebabkan oleh kerajaan hari ini tidak disenangi golongan tertentu dan menjadikan isu 3R sebagai senjata untuk menyemarakkan api perpecahan dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, kita berharap seluruh rakyat berfikir secara waras dan tenang kerana masa depan negara ini bergantung kepada kestabilan politik dan ekonomi.

Tanpa kestabilan ini, sukar untuk menaikkan ekonomi negara dan tingkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Sementara itu, golongan yang tidak gembira dengan kerajaan sekarang digalakkan membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang dan memilih kerajaan yang sesuai dengan pegangan ideologi masing-masing.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!