Sila log masuk terlebih dahulu.

'Banjir terburuk sejak 60 tahun, tidak sempat selamatkan barang'

07 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 7 DISEMBER 2023

Banjir kilat yang melanda di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru, pada petang Rabu dianggap paling buruk dalam tempoh 60 tahun lalu kerana air naik sehingga dua meter susulan hujan lebat dan air pasang besar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Penduduk, Mohd Rahmat Ibrahim berkata, banjir boleh dikatakan kerap berlaku, namun kejadian banjir bermula jam 12 tengah hari, dianggap terburuk kerana air naik hampir mencecah bumbung rumah.

Seorang lagi penduduk, Norliza Fauzi, yang sarat mengandung berkata, banjir kilat sudah melanda lebih 10 kali sepanjang tahun ini.

Jelasnya, ketika kejadian banjir kilat melanda, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan terpaksa pulang berjalan kaki kerana jalan raya sudah tidak boleh dilalui kenderaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638503/edisi/johor/banjir-terburuk-sejak-60-tahun-tidak-sempat-selamatkan-barang

Muzik: www.bensound.com