Diskaun 50 peratus saman trafik di IPD Petaling Jaya

PDRM menawarkan potongan sehingga 50 peratus merangkumi pelbagai jenis saman trafik sempena Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Petaling Jaya.
PDRM menawarkan potongan sehingga 50 peratus merangkumi pelbagai jenis saman trafik sempena Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Petaling Jaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus merangkumi pelbagai jenis saman trafik.

Program bagi memberi peluang orang ramai yang mempunyai saman tertunggak menikmati pengurangan itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, program bermula jam 8 pagi hingga 4 petang itu berlangsung di IPD Petaling Jaya.

Menurutnya, orang ramai berpeluang menyemak dan membuat pembayaran saman di kaunter disediakan.

“Tawaran diskaun 50 peratus untuk semua jenis saman kecuali saman kemalangan, saman berstatus NC (non compound), saman waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman berkaitan lori dan saman Op Selamat tahun semasa.

“Program ini berlangsung dua hari dan berakhir esok,” katanya.

Artikel Berkaitan: