Polis cekup 40 individu

40 individu ditahan, pusat panggilan tawar pelaburan tidak wujud

Polis menahan 40 warga tempatan melibatkan 15 lelaki dan 25 perempuan berusia antara 22 hingga 50 tahun pada Khamis kerana dipercayai terlibat dengan operasi pusat panggilan yang menawarkan pelaburan tidak wujud. - Gambar hiasan
Polis menahan 40 warga tempatan melibatkan 15 lelaki dan 25 perempuan berusia antara 22 hingga 50 tahun pada Khamis kerana dipercayai terlibat dengan operasi pusat panggilan yang menawarkan pelaburan tidak wujud. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis menahan 40 warga tempatan melibatkan 15 lelaki dan 25 perempuan berusia antara 22 hingga 50 tahun pada Khamis kerana dipercayai terlibat dengan operasi pusat panggilan yang menawarkan pelaburan tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, polis turut merampas peralatan digunakan dalam kegiatan tersebut termasuk 41 set komputer, telefon bimbit (46) dan masing-masing satu unit modem dan router.

“Sekitar jam 11.10 pagi, pasukan polis dari Bukit Aman bersama Polis Kontinjen Johor telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah unit perniagaan di Johor Bahru kerana disyaki beroperasi sebagai ‘pusat panggilan’ yang menawarkan pelaburan tidak wujud.

Kumar
Kumar

“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah mempromosi dan mengiklankan pelaburan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube.

“Dalam promosi berkenaan, pelanggan dijanjikan pulangan lumayan antara 50 hingga 100 peratus daripada jumlah pelaburan dengan jumlah pelaburan minimum AS$100 dan pelanggan yang berminat akan menghubungi talian telefon yang diberikan dalam iklan tersebut,” katanya.

Tambah Kumar, sindiket berkenaan juga didapati menjalankan aktiviti dengan berselindung di sebalik nama sebuah syarikat tempatan berdaftar bagi mengelakkan aktivitinya dikesan pihak berkuasa selain tidak menimbulkan syak.

Selain itu katanya, sindiket terbabit dipercayai menyasarkan individu dari luar negara sebagai mangsa.

Artikel Berkaitan:

'Orang ramai atau pihak yang telah menjadi mangsa kepada pelaburan ini diminta tampil membuat laporan polis.

“Polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan dengan sebat dan boleh juga didenda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!