KK Mart Sungai Isap dibaling bom petrol, polis panggil 4 individu

Yahaya bersemuka dengan peniaga selain menyampaikan pesanan berkenaan langkah pencegahan jenayah khususnya sempena musim perayaan Aidilfitri pada Program Pencegahan Jenayah- Walkabout Ketua Polis Pahang di Bazar Ramadan Mahkota Square (Taman Kerang) di sini pada Selasa.
Yahaya bersemuka dengan peniaga selain menyampaikan pesanan berkenaan langkah pencegahan jenayah khususnya sempena musim perayaan Aidilfitri pada Program Pencegahan Jenayah- Walkabout Ketua Polis Pahang di Bazar Ramadan Mahkota Square (Taman Kerang) di sini pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang telah merakam keterangan empat individu berhubung kes kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap di sini yang dibaling bom petrol oleh individu tidak dikenali hingga berlaku kebakaran kecil di pintu masuk premis tersebut pada awal pagi 30 Mac lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, individu terbabit terdiri pengadu dan beberapa saksi yang ada.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek terlibat.

"Siasatan akan dijalankan dari semua sudut termasuk memeriksa rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

"Ia berikutan semakan melalui CCTV premis KK Mart gagal menemui sebarang petunjuk berhubung kejadian termasuk suspek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pencegahan Jenayah- Walkabout Ketua Polis Pahang di Bazar Ramadan Mahkota Square (Taman Kerang) di sini pada Selasa.

Yahaya berkata, terdapat 17 premis kedai serbaneka itu termasuk dia stor di seluruh Pahang.

"Saya telah mengarahkan anggota unit kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk meningkatkan rondaan di premis-premis kedai serbaneka itu dan juga kedai lain bagi mengelak kejadian sama berulang," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Yahaya berkata, pihak premis juga telah meningkatkan aspek keselamatan termasuk menambah CCTV atas saranan pihak polis.

"Orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut," katanya.