World #QuranHour didik baca al-Quran setiap hari

Antara peserta yang hadir pada program World #QuranHour 1445H di sebuah dewan di Perpustakaan Awam Terengganu
Antara peserta yang hadir pada program World #QuranHour 1445H di sebuah dewan di Perpustakaan Awam Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program World #QuranHour 2024 mampu mendidik masyarakat untuk membaca al-Quran sebagai amalan kehidupan seharian meskipun berdepan kesibukan bekerja.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Norliza Ismail berkata, membaca al-Quran perlu diamalkan pada setiap hari selain memahami maksud serta menghayati kandungannya.

Norliza
Norliza

"Program sedemikian dapat mengalakkan dan mengajak orang ramai tadabbur untuk meningkatkan pemahaman mengenai setiap isi kandungan ayat-ayat al-Quran.

"Setiap surah yang ada dalam al-Quran perlu dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

"Jadi kita harap program seperti ini dapat suntik semangat semua pihak agar membaca al-Quran setiap hari. Bukan untuk hari ini sahaja tetapi bacalah al-Quran sepanjang masa supaya dapat menjadi insan lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas program World #QuranHour 2024 di sebuah dewan di Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini pada Khamis.

World #QuranHour kesembilan yang berlangsung pada Khamis mengangkat tema ‘Ummah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial’ dengan berpandukan surah al-Jumu’ah.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Norliza berkata, program World #QuranHour 1445H ini juga diadakan secara serentak di seluruh Terengganu melibatkan enam perpustakaan awam daerah dan dua perpustakaan pekan.

"Sambutan amat mengalakkan pada program hari ini dengan penyertaan seramai 16,044 peserta dari seluruh Terengganu terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pelajar sekolah dan universiti.

"Pelbagai program diadakan di sini sempena World #QuranHour sejak pagi tadi iaitu ceramah agama, tilawah al-Quran melibatkan 10 peserta, bacaan serentak Surah Al-Jumu'ah Dan tadabbur Surah Al-Jumu'ah," jelasnya.

Norliza juga berharap program sedemikian perlu diteruskan lagi bagi menarik lebih ramai lagi penyertaan peserta terutama daripada golongan muda.

"Kita juga telah adakan bacaan al-Quran dan membaca terjemahan pada setiapKhamis di perpustakaam melibatkan kakitangan dan staf.

"Ini merupakan usaha menggalakkan semua kakitangan untuk terus menjadikan membaca al-Quran sebagai amalan dalam kehidupan seharian," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!