NGO perlu terus beri kesedaran kekejaman rejim Zionis

Khairul Anwar
Khairul Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin menerusi kempen kesedaran kepada masyarakat seluruh dunia mengenai pembunuhan beramai-ramai.

Pengarah Advokasi Global Peace Mission Malaysia, Mohd Khairul Anwar Ismail berkata, situasi berkenaan berlaku sejak 75 tahun yang lalu dan tindakan tegas wajib dikenakan terhadap rejim Zionis.

"Kita mahu berikan kesedaran kepada masyarakat seluruh dunia bahawa apa yang berlaku lebih daripada tujuh dekad ini adalah tindakan kejam pembunuhan beramai-ramai.

"Oleh itu, kita (NGO) sedang bergiat aktif untuk memastikan zionis bertanggungjawab ke atas jenayah, pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku dengan menyokong kempen untuk membawa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana siri 435 bertajuk 'Gaza selepas gencatan senjata' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

(Dari kiri) Ismail, Mohd Yazid, Khairul Anwar dan Yousuf ketika menjadi panelis Wacana siri 435 bertajuk 'Gaza selepas gencatan senjata' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian.
(Dari kiri) Ismail, Mohd Yazid, Khairul Anwar dan Yousuf ketika menjadi panelis Wacana siri 435 bertajuk 'Gaza selepas gencatan senjata' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan, Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli serta rakyat Palestin di Malaysia, Yousuf Abuassi sebagai panel.

Mengulas lanjut mengenai tangkapan rakyat Israel di Malaysia, beliau mengingatkan kerajaan supaya mengamalkan langkah keselamatan yang lebih ketat sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Jika berlaku sebarang insiden melibatkan kematian, nama negara akan terpalit dan boleh menimbulkan isu atau spekulasi lain. Kawalan ketat perlu dibuat kerana tidak mahu pembunuhan berlaku, baru ada tangkapan.

"Suspek yang ditangkap mungkin agen dari Israel, sudah pasti datang bukan untuk melancong tetapi ada misi lain kerana mempunyai senjata api. Mungkin mahu membunuh pimpinan atau rakyat Palestin di sini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!