Gencatan senjata: Usah terpedaya dengan 'drama' Amerika Syarikat

Mohd Yazid
Mohd Yazid
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak diingatkan agar tidak terpedaya dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menarik semula kuasa veto bagi meluluskan gencatan senjata oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Rabu lalu.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata, sebelum ini AS dan Kesatuan Eropah membekalkan senjata dan kapal terbang bernilai billion dolar AS untuk terus membedil Palestin.

"Selama ini memang AS guna kuasa veto untuk lindungi kepentingan rejim Zionis dan tindakan mereka membuat pusingan U menyebabkan warga dunia termasuk rakyat Malaysia berpandangan keadaan akan bertambah baik kerana situasi berkenaan.

"Tetapi jangan tertipu kerana setelah keputusan itu dibuat pada Isnin, beberapa hari kemudian AS serta Kesatuan Eropah terus bekalkan senjata dan pesawat kepada rejim zionis untuk bunuh rakyat Gaza," katanya.

(Dari kiri) Ismail, Mohd Yazid, Khairul Anwar dan Yousuf ketika program Wacana siri 435 bertajuk 'Gaza selepas gencatan senjata' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
(Dari kiri) Ismail, Mohd Yazid, Khairul Anwar dan Yousuf ketika program Wacana siri 435 bertajuk 'Gaza selepas gencatan senjata' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana siri 435 bertajuk 'Gaza selepas gencatan senjata' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan, Pengarah Advokasi Global Peace Mission Malaysia, Mohd Khairul Anwar Ismail serta rakyat Palestin di Malaysia, Yousuf Abuassi sebagai panel.

Dalam pada itu, Mohd Yazid menjelaskan, pendirian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan kepimpinan dunia Islam mengambil maklum beberapa risiko jika perang diisytiharkan kerana perlu berhadapan dengan dua kuasa besar dunia seperti AS serta Kesatuan Eropah.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kebanyakan pemimpin di negara Islam seperti Malaysia, negara Asia atau Timur Tengah meletakkan keselamatan rakyat sebagai keutamaan.

"Bukan mudah untuk isytihar perang, banyak perkara yang perlu diambil kira. Sekiranya berlaku, ia tidak akan berlaku di Gaza sahaja tetapi juga Malaysia dan mungkin melibatkan negara jiran.

"Malah lebih ramai nyawa akan terkorban jika tindakan tersebut diteruskan, sudah pasti kita tidak mahu perkara seperti ini terjadi dan itu yang difikirkan oleh pemimpin kebanyakan negara Islam," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!