Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar

Anwar menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabat beliau pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabat beliau pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.

Beliau berkata, banyak peluang terbuka untuk diteroka dalam hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan, terutamanya dalam memperkukuh hubungan dagangan dan pelaburan dua hala.

Anwar menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabat beliau pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabat beliau pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar memaklumkan telah menerima kunjungan daripada Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabatnya pada Selasa.

"Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuka ruang bagi kolaborasi dan mencetus kerjasama yang lebih substantif antara kedua-dua negara," katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook pada Rabu.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap jemputan Presiden Republik Kyrgyz untuk melawat negara itu pada Mei. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28