Tetuang, trompet warisan Melayu hasilkan tiupan klasik

Rozali menunjukkan cara meniup tetuang.
Rozali menunjukkan cara meniup tetuang.
A
A
A

TEMERLOH - Generasi baharu mungkin tidak mengenali tetuang namun instrumen tradisional itu sudah lama digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Tetuang diperbuat daripada tanduk kerbau yang boleh mengeluarkan bunyi atau gema menerusi getaran udara selepas ditiup turut berfungsi sebagai alat komunikasi pada zaman dahulu.

Bagaimanapun tetuang atau lebih dikenali sebagai trompet Melayu kini hanya boleh dilihat secara eksklusif pada majlis tertentu seperti istiadat diraja, tetamu kehormat atau majlis keraian.

Seorang penduduk Taman Setia Jasa dekat sini, Rozali Abdul Rani, 47, mengambil inisiatif membuat dan memperkenalkan semula kepada generasi hari ini apabila menyedari peralatan itu semakin hilang ditelan zaman.

Rozali yang dikenali sebagai Pak We berkata, tetuang digunakan untuk memanggil atau memberitahu sesuatu maklumat pada masa dahulu.

"Penggunaannya boleh disaksikan dalam filem Melayu klasik termasuk filem arahan Tan Sri P Ramlee seperti Nujum Pak Belalang dan Pancha Delima yang membuktikan tetuang boleh menjadi alat penting untuk berkomunikasi.

"Pada masa dahulu tetuang hanya boleh dimiliki oleh individu penting seperti ketua kampung, penghulu atau mereka yang dipertanggungjawabkan," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.

Rozali yang berasal dari Kuala Mai, Kuala Krau mula menghasilkan tetuang di bengkel di rumahnya lebih 23 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, cabaran untuk membuat tetuang adalah kesukaran mendapatkan tanduk kerbau jantan kerana haiwan itu kebiasaan disembelih pada musim perayaan sahaja.

No Image Caption

"Secara tidak langsung ia memberi nilai tambah kepada tanduk kerbau jantan kerana sebelum ini dibuang dan tidak dipedulikan berbanding tanduk kerbau betina.

"Tanduk kerbau betina lebih tumpat sesuai untuk membuat hulu dan sarung parang berbanding tanduk kerbau jantan yang lompang hanya sesuai dijadikan trompet Melayu ini," katanya.

Katanya, harga satu tetuang bermula RM80 hingga boleh mencecah ratusan ringgit bergantung pada saiz, manakala tetuang yang diperbuat daripada tanduk kerbau balau lebih mahal kerana sukar untuk diperoleh.

Tanduk kerbau jantan yang digunakan untuk menghasilkan tetuang.
Tanduk kerbau jantan yang digunakan untuk menghasilkan tetuang.

"Untuk membuat tetuang secara komersial memerlukan bekalan tanduk kerbau daripada penternak di Temerloh, Jerantut dan Maran dan Bachok Kelantan.

"Saya juga mendapat bekalan tanduk kerbau dari Indonesia tetapi tidak dapat dihantar ke Malaysia atas faktor peraturan perundangan kedua-dua negara," katanya.

Berkelulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sejarah dan Persuratan Melayu dan kini berkhidmat sebagai guru, Rozali nekad untuk terus mempopularkan tiupan klasik tetuang.'

Rozali bersama tetuang dihasilkannya.
Rozali bersama tetuang dihasilkannya.



Menurutnya, kaedah membuat tetuang itu dipelajarinya hingga berhasil dan tidak meletakkan alat bantuan bagi mengeluarkan bunyi.

"Saya mahu mengajar generasi muda meniup tetuang kerana walaupun nampak mudah namun bukan semua orang boleh melakukannya kerana memerlukan kaedah getaran pada bibir.

"Saya bercadang buka bengkel dan galeri bagi memberi peluang generasi muda menikmati keindahan seni tetuang," katanya.

Katanya, banyak program disertai sepanjang lebih 20 tahun bagi memperkenalkan tetuang kepada orang ramai seperti program Sultan Ahmad Shah Enviroment Trust (SASET) bersama Temenggung Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah di Taman Negara Pahang tahun lalu.

Rozali juga pernah muncul dalam drama Wali Jantan Semantan arahan Sabri Yunus membabitkan aksi meniup tetuang dalam situasi kecemasan diserang musuh.

No Image Caption



Walaupun nampak mudah namun tidak semua orang mampu meniup tetuang.
Walaupun nampak mudah namun tidak semua orang mampu meniup tetuang.