Juruteknik Amerika didakwa sebabkan kematian perunding di bar

Joseph dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, bagi menghadapi satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang perunding peralatan perubatan dalam insiden pergaduhan, di sebuah pub pusat hiburan di sini, dua minggu lalu.

A
A
A

PETALING JAYA - Seorang juruteknik warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang perunding peralatan perubatan dalam insiden pergaduhan akibat terlanggar bahu, di sebuah pusat hiburan, dua minggu lalu.

Thomas Joseph, 30, membuat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Inggeris, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu yang memakai baju T berwarna putih, didakwa menyebabkan kematian K Chandra Bose, 58, iaitu niat hendak menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin mengakibatkan kematian.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bar pusat hiburan di The Square Jaya One, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz, di sini pada jam 12.30 tengah malam, 23 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim mencadangkan, tertuduh tidak diberi ikat jamin kerana kesalahan itu sangat serius dan termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.

"Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam dan fakta bahawa dia merupakan seorang warga asing.

Artikel Berkaitan:

Joseph dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, bagi menghadapi satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang perunding peralatan perubatan dalam insiden pergaduhan, di sebuah pub pusat hiburan di sini, dua minggu lalu.
Joseph dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, bagi menghadapi satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang perunding peralatan perubatan dalam insiden pergaduhan, di sebuah pub pusat hiburan di sini, dua minggu lalu.

"Jika jaminan diberi, terdapat risiko tertuduh untuk melarikan diri serta tidak hadir di prosiding akan datang," kata Anis Hakimah.

Beliau mengulangi pendirian supaya mahkamah tidak menawarkan jaminan namun sekiranya mahkamah mengguna budi bicara untuk memberi ikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan kadar itu ditetapkan pada jumlah yang tinggi.

Katanya, ia termasuk syarat tambahan iaitu penyerahan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai sekali setiap bulan dan tidak mengganggu saksi-saksi.

Bagaimanapun, peguam, Suraj Singh merayu agar anak guamnya dilepas dengan jaminan kerana pertuduhan dibuat ialah mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 302 kanun sama.

"Kita tidak boleh menghukum seseorang hanya kerana dia seorang warga asing," katanya yang turut tidak membantah jika mahkamah memerintahkan anak guamnya menyerahkan pasport, sehingga kes itu selesai.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dia pihak, Dr Syahliza berkata, setelah menimbangkan hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung isu jaminan, mahkamah berpandangan tiada alasan yang munasabah bagi membenarkan jaminan bagi kes ini.

“Oleh itu, jaminan tidak dibenarkan,” kata hakim berkenaan yang kemudiannya menetapkan 28 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pada 26 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki warga tempatan maut dipercayai ditumbuk lelaki warga asing, di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini pada dua minggu lalu, gara-gara terlanggar bahu.

Menurut pihak polis, suspek dikatakan tidak berpuas hati selepas mangsa menendangnya kerana terlanggar bahu, menyebabkan dia terus melepaskan satu tumbukan.

Katanya, akibat tumbukan itu mangsa terjatuh dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28