Bekas pengarah mengaku tidak bersalah pindah wang syarikat

Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memindahkan lebih RM55,000 wang syarikat itu ke sebuah syarikat miliknya pada 2020. - Foto Bernama
Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memindahkan lebih RM55,000 wang syarikat itu ke sebuah syarikat miliknya pada 2020. - Foto Bernama
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan memindahkan lebih RM55,000 wang syarikat itu ke sebuah syarikat miliknya pada 2020.

Tai Chun Wei, 39, didakwa telah menggunakan kedudukannya sebagai pengarah pada ketika itu untuk memindahkan wang berkenaan tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat tersebut, ke sebuah syarikat yang dia menjadi pemilik tunggal untuk mendapatkan manfaat secara langsung kepada dirinya sendiri.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pejabat di Bukit Mertajam pada 4 Februari 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Noor Aini Yusof menetapkan jaminan RM12,000 dan menetapkan tarikh 17 Januari untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Qatrin Nada Harun manakala tertuduh diwakili peguam Eng Yuh Pei. - Bernama

Artikel Berkaitan: