13 warga Indonesia ditahan di bazar Ramadan Bangi

Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di tapak bazar Ramadan Seksyen 13 Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Kajang pada Isnin.
Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di tapak bazar Ramadan Seksyen 13 Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Kajang pada Isnin.
A
A
A

KAJANG – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu bazar Ramadan Seksyen 13 Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, di sini dan menahan 13 warga Indonesia pada Isnin.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, seramai 720 individu telah diperiksa membabitkan 693 warga tempatan, 25 warga Indonesia dan dua lelaki warga Bangladesh di kesemua 143 tapak bazar berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati enam lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia berusia antara 18 hingga 40 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Lokman Effendi berkata, operasi bermula jam 3.55 petang itu hasil maklumat dan pemantauan yang dijalankan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen khususnya di kawasan tumpuan awam seperti bazar Ramadan.

"Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Beliau menegaskan bahawa sepanjang Ramadan ini, tindakan inspektorat dan pemeriksaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa di mana-mana Bazar Ramadan seluruh negara.

"JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram sekaligus gagal mematuhi undang-undang imigresen.

"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI)," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Imigresen Malaysia menahan 13 warga Indonesia di bazar Ramadan di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi
  • Seramai 720 individu diperiksa termasuk 693 warga tempatan, 25 warga Indonesia dan dua warga Bangladesh
  • Enam lelaki dan tujuh wanita dari Indonesia disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63
  • Operasi berkenaan dilakukan berdasarkan maklumat dan pemantauan untuk memastikan pematuhan undang-undang imigresen
  • Jabatan Imigresen Malaysia akan terus melakukan inspeksi dan pemeriksaan di bazar Ramadan di seluruh negara selama bulan Ramadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!