Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita

Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau hujung Mac lepas.
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau hujung Mac lepas.
A
A
A

KANGAR - Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau hujung Mac lepas.

Ong Poh Sun, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet selepas seorang jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya dalam bahasa Mandarin.

Lelaki itu dituduh merogol wanita berusia 27 tahun di dalam sebuah tokong di Kampung Guar Paya di Arau kira-kira jam 3 petang pada 29 Mac lepas.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan sekiranya didapati bersalah.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia diperintahkan melaporkan diri di balai polis terdekat sebulan sekali, dan tidak boleh menghampiri serta mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Hanani Che Nor. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: