Kes pecah kereta Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu

Kejadian berlaku ketika Teresa bersenam di Taman Persekutuan Bukit Kiara dan keretanya dipecah penyamun pada Ahad.
Kejadian berlaku ketika Teresa bersenam di Taman Persekutuan Bukit Kiara dan keretanya dipecah penyamun pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan kes kereta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dipecah penjenayah sebelum wang tunai dan barangan peribadi berjumlah RM6,500 dilarikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, setakat ini, pihaknya merakam keterangan Teresa dan seorang pengawal keselamatan.

"Kita telah merakam keterangan pengadu (Teresa) dan pengawal keselamatan. Kita masih dalam tindakan mengesan suspek yang terlibat dalam kes tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan polis menemukan tiga cap jari pada kereta Teresa dan dihantar ke BIOFIS Bukit Aman bagi mengenal pasti suspek.

Ahmad Firdaus dilaporkan berkata, kejadian berlaku antara jam 6.15 petang hingga 7 malam Ahad, ketika Teresa bersenam di taman rekreasi Taman Persekutuan Bukit Kiara.

Menurutnya, ahli Parlimen itu memarkir keretanya di kotak parkir dalam keadaan berkunci.

Teresa mendapati cermin depan sebelah kiri sudah dipecah dan kehilangan beg tangan yang mengandungi dokumen, telefon bimbit serta wang tunai.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis merakam keterangan dua individu untuk siasatan pecah kereta Teresa Kok
  • Keterangan daripada Teresa Kok dan seorang pengawal keselamatan telah dirakam
  • Polis sedang mengesan suspek kes pecah kereta
  • Tiga cap jari ditemui pada kereta Teresa dan dihantar ke BIOFIS untuk kenal pasti suspek
  • Kejadian berlaku ketika Teresa bersenam di Taman Persekutuan Bukit Kiara dan keretanya dipecah penyamun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!