'Buli bukan satu bentuk pembelajaran'

Foto Facebook Azmeer Yusof.
Foto Facebook Azmeer Yusof.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas pemain bola sepak yang kini jurulatih Trinity FC, Azmeer Yusof mendedahkan pengalamannya yang pernah menjadi mangsa buli ketika masih bergelar pemain muda.

Perkara itu dikongsikan Azmeer menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Menurut lelaki berusia 36 tahun itu, antara siri pembulian yang dialaminya termasuklah dipulau pemain-pemain sedia ada dalam kumpulan terbabit, namun kesemua mereka yang berbuat demikian kemudiannya telah dibuang.

Azmeer berkata, tiket penerbangannya juga pernah dikeronyokkan dan dicampak ke dalam tong sampah oleh pemain senior selain dipaksa untuk mengangkat kesemua beg semasa di lapangan terbang walaupun mempunyai 'kitman' ketika itu.

"Pembulian lain yang saya alami ialah basuh-membasuh kasut dan baju-baju senior kemudian sidai, angkat, lipat dan bagi pada kepada mereka semula.

"Lebih menyedihkan apabila motor saya pernah mati di tengah jalan kerana ada pemain yang hanya tua setahun daripada saya menutup saluran minyak ke karburetor motor dan tangan juga terkena ekzos menyebabkan tangan melecur.

"Banyak lagi pembulian yang saya kena sebenarnya tetapi cukuplah di sini sahaja," katanya.

Tangkap layar hantaran Azmeer menerusi Facebook.
Tangkap layar hantaran Azmeer menerusi Facebook.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Azmeer menegaskan bahawa beliau tidak sesekali membuat perkara sama yang akan menyakitkan hati dan perasaan orang lain walaupun telah bergelar pemain senior.

Ujarnya, orang ramai perlu mengubah persepsi bahawa pembulian bukan satu bentuk pembelajaran.

"Nak kata mental saya tidak kuat? Kuat atau tidak, Alhamdulillah ALLAH SWT izinkan saya berada dalam arena bola sepak sejak 2006 sehingga sekarang.

"Kadang-kadang yang kuat mental tu ALLAH SWT tidak izinkan pun untuk lama-lama bergelar pemain bola sepak tetapi Ahamdulillah saya tengok sekarang ni dah tak banyak kes-kes macam zaman dulu.

"Ingat, gurauan dan pembulian dua perkara yang berbeza," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!