Pasukan bola sepak Sinar Harian kembali beraksi

Pasukan Sinar Harian memakai jersi baharu tajaan RedOne bergambar sebelum perlawanan persahabatan menentang VCMM di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Pasukan Sinar Harian memakai jersi baharu tajaan RedOne bergambar sebelum perlawanan persahabatan menentang VCMM di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas sekian lama menyepi, pasukan bola sepak Sinar Harian kembali beraksi apabila mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Volvo Car Manufacturing Malaysia (VCMM) pada Jumaat.

Tampil dengan jersi baharu tajaan daripada RedOne, nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Sinar Harian apabila tewas 3-6 di tangan VCMM.

Semangat membara pasukan bola sepak Sinar Harian yang ingin mencipta kemenangan dinafikan pihak lawan yang mendapat jaringan awal pada separuh pertama perlawanan, sebelum Sinar Harian berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan daripada pemain Fazli Hamid.

Antara aksi menarik dalam perlawanan persahabatan antara Sinar Harian dan VCMM di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Antara aksi menarik dalam perlawanan persahabatan antara Sinar Harian dan VCMM di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Perlawanan bertambah rancak apabila VCMM mencipta dua lagi jaringan termasuk menerusi sepakan penalti, menjadikan kedudukan 3-1 pada babak pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, pihak lawan meneruskan cengkaman jaringan ke atas pasukan Sinar Harian apabila mendapat dua lagi gol dan menjadikan kedudukan semasa 5-1.

Sinar Harian bagaimanapun tidak mengalah apabila memperoleh gol kedua menerusi jaringan padang menarik daripada pemain Fatah Razali.

Artikel Berkaitan:

Aksi pemain VCMM (kiri) yang lincah mengawal bola.
Aksi pemain VCMM (kiri) yang lincah mengawal bola.

Bagaimanapun pihak lawan terus menghukum pasukan bola sepak Sinar Harian ekoran kelalaian pertahanan, sekali gus menjadikan kedudukan 6-2.

Aksi perlawanan terus sengit apabila Sinar Harian berjaya memperoleh satu lagi gol cantik daripada pemain Farid Nordin bagi menjadikan kedudukan perlawanan berakhir dengan keputusan 6-3.

Ketua pasukan Sinar Harian, Azlan Ismail berkata, meskipun gagal memperoleh kemenangan, ia bukan matlamat utama kerana pasukan akhbar nombor satu edisi bahasa Melayu itu baru sahaja 'dihidupkan' kembali setelah sekian lama menyepi.

Katanya, penampilan semula pasukan bola sepak Sinar Harian ke gelanggang perlawanan adalah selari dengan matlamat syarikat untuk membudayakan gaya hidup sihat.

Penampilan semula pasukan bola sepak Sinar Harian ke gelanggang perlawanan adalah selari dengan matlamat syarikat untuk membudayakan gaya hidup sihat.
Penampilan semula pasukan bola sepak Sinar Harian ke gelanggang perlawanan adalah selari dengan matlamat syarikat untuk membudayakan gaya hidup sihat.

"Meskipun kita tidak berjaya memperoleh kemenangan pada malam ini, namun semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain adalah sangat tinggi.

"Aksi dan kawalan bola daripada pihak lawan terlalu baik yang rata-rata dibarisi oleh pemain muda yang lincah.

"Apa-apa pun, pasukan bola sepak Sinar Harian mengucapkan ribuan terima kasih kepada RedOne kerana sudi menaja jersi pasukan yang baharu bagi kami membuat 'comeback' dalam dunia sukan bola sepak," katanya selepas tamat perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!