14 mat rempit ditahan, 20 motosikal disita

Polis menahan seramai 14 penunggang motosikal dalam Op Samseng Jalanan di KM 131, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sama Gagah, di Bukit Mertajam, awal pagi Ahad. Gambar hiasan
Polis menahan seramai 14 penunggang motosikal dalam Op Samseng Jalanan di KM 131, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sama Gagah, di Bukit Mertajam, awal pagi Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seramai 14 penunggang motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Kilometer (KM) 131, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sama Gagah, di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya turut menyita 20 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama empat jam yang bermula kira-kira 12 tengah malam tadi.

"Dalam operasi itu, seramai 60 penunggang motosikal telah ditahan untuk pemeriksaan sebelum menahan 14 daripada mereka yang berusia 20 hingga 30-an manakala 20 buah motosikal turut disita," katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melawan arus, berlumba berkumpulan dan menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Helmi berkata, polis turut mengeluar 100 saman kerana pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan dan mat rempit di kawasan tersebut. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: