'Saya tak halal dunia dan akhirat' - Pengarah Khunsa

Azhan di samping Shahrulezad (berdiri) masih menyelesaikan baki penggambaran Khunsa.
Azhan di samping Shahrulezad (berdiri) masih menyelesaikan baki penggambaran Khunsa.
A
A
A

"SAYA cuma nak cakap, saya tak halalkan dunia akhirat bagi sesiapa yang langsung tidak ada rasa bersalah mencuri hasil keringat kami tanpa izin."

Itu yang diluahkan pengarah drama Khunsa, Shahrulezad Mohameddin susulan pengakuan beberapa penonton yang menyaksikan drama terbaharu arahan dan terbitannya, Khunsa, menerusi platform media sosial.

Shahrulezad
Shahrulezad

Ujar Shahrulezad atau juga dikenali dengan panggilan Ijat, dia bersama kru produksi dan pelakon masih mengerat keringat untuk menyelesaikan baki penggambaran.

Bagaimanapun segelintir netizen tanpa rasa bersalah mengakui menyaksikan drama bersiri 28 episod itu secara haram.

"Saya dan pasukan masih lagi gigih menyiapkan drama ini demi 'menghibur dan memberi ilmu' melalui hiburan. Peluh kami belum pun kering lagi tetapi terang-terang netizen tanpa rasa bersalah dan bangga mencadangkan orang lain untuk mencuri tonton hasil keringat kami tanpa rasa bersalah.

"Cukup membuatkan hati kami terusik. Reda? Tidak sama sekali. Malah tak sebesar hama pun saya halalkan," tulisnya menerusi Instagram dan Facebook.

Pemilik rumah produksi Radius One Sdn. Bhd itu turut mengingatkan bahawa hukum haram itu bukan terletak pada arak dan babi sahaja.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, mengedar harta intelek milik orang lain tanpa izin juga dikira salah dari segi undang-undang dan yang menontonnya juga berdosa.

"Memiliki, menonton atau mengedar harta intelek milik orang lain tanpa izin juga haram dan berdosa hukumnya.

"Tak percaya? Sila rujuk pada mana mana ustaz yang bertauliah apa hukumnya menonton sesuatu yang tidak mendapat izin tuan punya harta intelek ini.

"Jadi kalau mahu saya dan team teruskan yang terbaik untuk kalian. Tolong jangan memuji kami tapi dalam masa yang sama kalian menikam kami dari belakang," ujarnya.

Kesedaran

Azhan memegang watak utama dalam drama Khunsa.
Azhan memegang watak utama dalam drama Khunsa.

Sementara itu, pelakon utama drama berkenaan, Azhan Rani turut meluahkan kekesalan sama dengan sikap segelintir penonton yang tanpa bersalah mengakui menonton drama itu secara haram.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, mendedahkan bahawa proses penggambaran naskhah itu dilakukan dengan mengambil masa yang sangat lama.

Antara pengakuan netizen.
Antara pengakuan netizen.

"Kalau tengok kat Telegram tolonglah jangan bagi tahu kami. Siaran di Telegram ini cetak rompak, siaran tanpa izin.

"Macam-macam cabaran dan rintangan yang kalau diceritakan pun bukan orang nak kisah pun," katanya.

Biarpun perkongsian itu diperlekehkan segelintir warga maya yang tetap merasakan menonton drama itu secara haram tidak salah, Azhan berkata, dia hanya mengingatkan perkara itu dan membetulkan perkara yang salah.

Ada yang turut memperlekehkan perkongsian di buat Azhan.
Ada yang turut memperlekehkan perkongsian di buat Azhan.

"Sesetengah orang rasa benda ni kelakar dan syok untuk digelakkan. Tak paksa pun anda tonton berbayar atau hasil cetak rompak.

"Cakap banyak pun bukan hasil titik peluh anda. Anda cuma akan meroyan kalau orang usik hasil titik peluh anda sahaja.

"Tak mengapa kalau tak mampu sedarkan anda," kongsinya.

Drama Khusna yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria, Astro On The Go dan aplikasi Sooka mengisahkan tentang kelahiran seorang bayi di sebuah kampung yang diberi nama Che Khun yang lahir dengan dua alat kelamin (khunsa).

Bagaimanapun, bapanya tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan membesarkan anaknya sebagai seorang lelaki, walaupun nalurinya lebih kepada perempuan.

Drama 28 episod itu diterajui barisan pelakon seperti Sherry Alhadad, Nadiah Aqilah, Lailah Nasir dan Zarina Zainoordin.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28