Pura-pura jual telekung sebelum cuba samun pasangan warga emas

Antara rakaman bahan bukti membabitkan kes cubaan samun pasangan warga emas di Felda Bukit Bading, Ajil di Hulu Terengganu, Rabu lalu.
Antara rakaman bahan bukti membabitkan kes cubaan samun pasangan warga emas di Felda Bukit Bading, Ajil di Hulu Terengganu, Rabu lalu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang wanita selepas disyaki cuba menyamun dan mencederakan pasangan warga emas dalam kejadian di Felda Bukit Bading, Ajil di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek berusia 49 tahun itu ditahan di hadapan jalan besar Balai Polis Ajil, di sini sekitar jam 4.50 petang pada Khamis.

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek yang merupakan surirumah dilakukan hasil maklumat dan risikan dijalankan pihak berkuasa berhubung kejadian menimpa warga emas berusia lingkungan 70-an itu.

"Siasatan awal ke atas suspek mendapati dia mengaku terlibat dalam kes cubaan samun melibatkan pasangan warga emas tersebut. Pihak polis turut menjumpai beberapa barangan berkaitan dengan kes yang disiasat.

Rakaman suspek yang disyaki terlibat dalam kes cubaan samun dan mencederakan pasangan warga emas di Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu.
Rakaman suspek yang disyaki terlibat dalam kes cubaan samun dan mencederakan pasangan warga emas di Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu.

"Permohonan reman ke atas wanita itu akan dibuat pada pagi ini (Jumaat) di Mahkamah Kuala Berang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Menurut Zainul Mujahidin, suspek dipercayai menggunakan modus operandi menjual telekung dan berjumpa dengan mangsa di hadapan rumahnya sekitar jam 10 pagi pada hari kejadian.

"Apabila mangsa masuk ke dalam rumah, suspek mengekori dan menolak mangsa sehingga terjatuh, suspek kemudian bergelut dengan isteri mangsa dan cuba meragut rantai leher yang dipakai oleh warga emas itu namun gagal.

Artikel Berkaitan:

"Akibat pergelutan itu, isteri mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian leher dan luka di beberapa bahagian badan mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu," katanya.

Beliau berkata, siasatan ke atas suspek dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!