Warga emas maut nahas dua kenderaan

Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer (KM) 12.7 Jalan Permas – Pasir Gudang pada pagi Sabtu. Gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer (KM) 12.7 Jalan Permas – Pasir Gudang pada pagi Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer (KM) 12.7 Jalan Permas – Pasir Gudang pada pagi Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan maut melibatkan motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dengan SUV jenis Mitsubishi Xpander di laluan berkenaan.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku di KM12.7 Jalan Permas – Pasir Gudang sekitar jam 6.45 pagi.

"SUV yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun dari arah Setia Tropika, Johor Jaya menghala ke Pasir Gudang itu dipercayai terlanggar motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dinaiki lelaki berusia 62 tahun itu dari arah belakang di lorong kiri jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut, lelaki warga emas itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: